Wednesday, February 9, 2011

DOA : Senjata Muslim Terhebat di Dunia & Akhirat

DOA : Senjata Muslim Terhebat di Dunia & Akhirat

Orang Islam ni, Allah sediakan satu senjata yang cukup hebat. Kalau diimani dan diyakini, tidak mustahil senjata ini lebih hebat daripada senjata peperangan. Apa senjata orang Islam...Jawapannya DOA. Namun persoalannya mengapa sebahagian orang Islam tak mahu berdoa. Ini kerana mereka tidak yakin dan suka melarikan diri daripada perintah Allah. Akhirnya, doa dah tak jadi senjata yang berfungsi...

Doa adalah pelengkap ibadah. Allah amat-amat suka mendengar doa daripada hambanya bernama manusia.Berkata seorang sahabat, Fudalah Ibni Ubaid " Sesungguhnya Allah mendengar dengan penuh minat doa daripada hambanya lebih daripada minat seorang tuan mendengar suara hamba perempuannya yang cantik sedang menyanyi". Maksudnya di sini ialah Allah sangat...sangat..sangat teliti mendengar doa kita semua.

Mungkin ada terdetik dalam hati " kenapa aku berdoa, tapi Allah tak makbulkan", "kenapa aku berdoa nak dapat keputusan peperiksaan terbaik, Allah tak kabulkan",   "kenapa aku berdoa nak jadi kaya tapi Allah tak kabulkan" dan banyak lagi la rungutan berkaitan doa ni... Jawapannya mudah je. Ada 4 cara Allah makbulkan doa kita :
1) Bila kita berdoa je...Allah terus makbulkan doa kita dalam jangka masa yang singkat.
2) Bila kita berdoa...pastu dah lama, mungkin bertahun-tahun, baru la Allah akan kabulkan.
3) Bila kita berdoa...Allah tak kabulkan doa kita sebabnya Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kita pada masa hadapan.
4) Bila kita berdoa.. Allah tak kabulkan langsung kat dunia tapi Allah akan makbulkan di akhirat kelak.

Doa maksudnya perbualan atau pengucapan seorang hamba kepada Tuhannya. Doa mengajar kita merendah diri, bahawa kita adalah hamba yang takde kuasa, terlalu lemah dan sering mengharapkan pertolongan daripada tuan kita yang Maha berkuasa dan Maha Hebat iaitu Allah s.w.t. Segala kesulitan dan masalah yang melanda kita sebagai ujian buat kita semua, datangnya daripada Allah. Maka sudah pasti lah, jalan penyelesaiannya pun datang daripada Allah gak bukan daripada manusia. Kalau ada pun penyelesaiannya daripada manusia, itu bukan daripada kuasa manusia tapi sebagai asbab yang hakikatnya daripada Allah jua.

Setiap doa akan didengar oleh Allah dan Allah tidak suka kepada manusia yang tidak pernah berdoa. Orang yang tak nak berdoa dianggap sombong dan takbur pada Allah. Mengganggap manusia adalah hebat walhal 'nothing'. Allah ada berfirman yang membawa maksud " Berdoa lah kepada Tuhan kamu dengan merendahkan diri dan dengan suara yang perlahan serta bermohon lah kepada Nya dengan perasaan takut serta penuh harapan. Sesungguhnya rahmat Tuhan itu adalah dekat kepada orang yang berbuat kebajikan"
Rasulullah ada bersabda bermaksud " Jika kamu mengenang Allah pada waktu senang, maka nescaya ia akan mengenang kamu pada waktu kamu susah " Sabda nya yang lain bermaksud " Barangsiapa yang ingin supaya Allah mengabulkan permohonannya pada waktu susah dan sempit, hendaklah dia memperbanyakan doa pada waktu senang lenang."

Jangan putus asa jika doa tidak dimakbulkan segera. Allah ada berfirman bermaksud " Bermohonlah kepada Aku, nescaya aku akan perkenankan segala permohonan kamu ".Doa paling cepat dimakbulkan adalah seperti berikut :
  • Sentiasa mengekalkan solah
  • Doa orang yang bermusafir
  • Doa orang yang berpuasa
  • Doa orang yang teraniaya
  • Doa ibu bapa kepada anaknya
  • Doa seorang sahabat yang berjauhan & berkasih sayang kerana mengharap redho Allah.
  • Doa pemimpin yang adil

Doa akan terhalang apabila kita makan benda-benda haram.Jangan segan untuk mendapatkan doa daripada ibu-bapa , guru dan orang-orang Alim yang takutkan Allah.
Jika berdoa kena percaya bahawa doa kita diterima oleh Allah dan terus sujud syukur kerana doa kita diterima. Nabi Musa pernah berdoa agar Firaun dihapuskan. Nabi Musa percaya doanya dimakbulkan. Selepas 10 tahun baru Allah kabulkan.

Ibnu Sina ada berkata " apabila aku tidak menyelesaikan masalah matematik, aku pergi ke masjid dan berdoa kepada Allah supaya menunjukkan kepada aku jalan penyelesaian. Selepas itu aku kembali ke bilik kerja aku. Jika aku dapat menyelesaiaakn masalah yang begitu sukar, aku segera memberi sedekah kepada fakir miskin sebagai tanda kesyukuran"

Cuba kita bertenang dan fikir sejenak. Ada tak sepanjang hidup kita apabila kita berdoa ,Allah makbulkan terus.Sebenarnya bila keadaan ini berlaku boleh menyebabkan kita semakin yakin dan percaya bahawa Allah itu wujud. Kita akan jadi semakin yakin bahawa Islam itu benar. Kita akan menjadi semakin yakin bahawa Allah setiap masa berada disisi kita.


KESIMPULANNYA, JANGANLAH SOMBONG...BERDOA LAH KERANA ITU LAMBANG KEFAKIRAN, KEHAMBAAN DAN RENDAH DIRI KEPADA PENCIPTA MANUSIA, ALLAH S.W.T.

No comments:

Post a Comment