Monday, January 31, 2011

Uwais al-Qarni dan Do'anya

Uwais al-Qarni dan Do'a

Uwais al-Qarni adalah di kalangan tabi’in (hidup sezaman dengan Rasulullah SAW tetapi tidak sempat bertemu Baginda SAW ataupun hidup selepas kewafatan Rasulullah SAW, dan bertemu dengan para sahabat). Sejak dilahirkan beliau berpenyakit sopak dan ayahnya telah meninggal dunia. Ibunyalah yang menjaganya sejak kecil sehingga beliau dewasa.
Uwais al Qarni adalah seorang tabiin yang namanya disebut di dalam wasiat Baginda SAW yang disampaikan kepada saidina Umar al-Khattab dan saidina Ali KaramAllahu wajhah.
Baginda berpesan:
“Dizaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doa dia sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman dan dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia mintak tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”

Lalu saidina Umar dan saidina Ali bertanya: “Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah? Nabi menjawab “Kamu minta kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah  agar Allah  ampunkan dosa-dosa kalian”.
Setelah Baginda SAW wafat, Saidina Umar dan Ali menunggu-nunggu kafilah yang datang dari arah Yaman. Sehingga akhirnya mereka bertemu dengan Uwais al-Qarni. Jika dilihat dari pandangan orang biasa, Uwais al-Qarni tiada ciri-ciri istimewa kerana dari pandangan luaran beliau seperti orang yang tidak sempurna akal, tetapi beliau ada sesuatu.. mari ikuti kisahnya bersama ibunya..

Kisah Uwais al-Qarni
Beliau mempunyai seorang ibu yang sudah uzur dan lumpuh. Ibunya mempunyai hajat untuk menunaikan haji di Mekah. Namun dengan kudrat yang sebegitu, ibu Uwais tidak mampu untuk ke Mekah berjalan seorang diri. Lalu dia mengutarakan hasratnya kepada Uwais supaya mengikhtiarkan sesuatu agar dia boleh dibawa ke Mekah menunaikan haji.
Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang diatasnya “Haudat”. Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu.
Ibunya semakin tua, lalu ibunya berkata:
“Anakku mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji”.
Uwais mendapat satu ilham:
Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan dah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi (Dia buat rumah untuk lembu itu di atas bukit).

Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu untuk naik ke atas “Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu turun dari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan.

Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan mengatakan dia gila. Memang pelik, buatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari usung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit.

Tetapi sebenarnya niatnya baik. Kalau lembu kita buat begitu pagi sekali petang sekali daripada lembu yang beratnya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot (muscle) tangan dan badan Uwais menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit.

Selepas lapan bulan dia buat demikian telah sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Dibelakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50kg. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.
Pulang sahaja ke Yaman,

ibunya bertanya: “ Uwais, apa yang kamu berdoa sepanjang kamu berada di Mekah?”.
Uwais menjawab “Saya berdoa minta supaya Allah  mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.
Ibunya bertanya lagi “Bagaimana pula dengan dosa kamu”.
Uwais menjawab “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga”.

Ibunya berkata lagi “Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini”.
Uwais kata “Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah  yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah , seperti saya tidak bersyukur dengan Allah  Ta’ala”.
Ibunya menambah “Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, Ibu perintahkan engkau berdoa”.
Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibu dia minta supaya Allah  sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Tetapi kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa:
“Tolonglah Ya Allah  kerana ibu aku suruh aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit”.
Maka, Allah  memakbulkan doanya dan menghilangkan penyakit sopak di seluruh badannya kecuali meninggalkan setompok di bahagian lehernya. Dan tanda itulah yang disebutkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Umar al-Khattab dan Saidina Ali untuk mengenali Uwais al-Qarni.
Setelah ibunya meninggal, Uwais menjadi seorang yang soleh dan darjatnya ditinggikan sehingga dia menjadi seorang yang doanya paling makbul.
Apabila bertemu dengan Uwais al-Qarni, mereka berdua pun meminta Uwais mendoakan supaya dosa mereka berdua diampunkan, maka Uwais pun mendoakan mereka berdua.


Doa paling utama
Ibrah dari kisah Uwais al-Qarni dan pertemuannya bersama saidina Umar al-Khattab dan Saidina Ali menggambarkan kepada kita tentang kepentingan doauntuk kita meminta dosa kita diampunkan. Jika dilihat secara logik, Aisyah dan Umar serta Ali merupakan orang yang sudah dijamin akan masuk syurga, tapi mengapa Baginda SAW menyuruh mereka berdoa untuk diampunkan dosa.
Justeru nak menunjukkan kepada kita tentang pentingnya doa ini. Selalu kita meminta hal-hal dunia, tetapi jarang kita menitikberatkan doa supaya dosa kita diampunkan. Lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan yang doa amat mudah dimakbulkan, Rasulullah SAW selalu berkata kepada isteri-isteri Baginda SAW dan para sahabat:

فيعجبا لمن أدرك رمضان فلا يغفر الله
“Alangkah hairannya (ajaibnya) bagi orang yang telah sampai umurnya kepada menjelang Ramadan, apabila habis Ramadan dosa-dosanya tidak diampunkan”
Aisyah RA teringin sangat bertemu malam al-Qadr,lalu dia bertanya kepada Nabi SAW:

“Bilakah berlaku malam Qadar?”
Nabi SAW bertanya kepada Aisyah RA semula: “Apa yang kamu nak buat bila kamu bertemu dengan malam Qadar?”.
Aisyah RA menjawab: “Saya tak tahu”
kemudian Aisyah bertanya lagi: “Apakah yang patut saya buat bila bertemu dengan malam Qadar itu?”.
Nabi berkata kepada Aisyah: “Malam itu malam yang amat baik untuk beramal di malamnya dan amat mudah dimakbul Allah  doanya”.
Aisyah bertanya lagi: “Apakah doa yang paling baik untuk aku berdoa pada malam itu?”
Nabi menjawab: “ Kalau kamu sempat berjumpa dan mengetahui malam itu ialah malam Qadar berdoalah

اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عني
(Allahumma innaka ‘afuwwun karimun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni)
“Ya Allah , Engkaulah Tuhan yang Maha Pengampun, Engkau sangat suka mengampun maka ampunkanlah dosa-dosa ku”


Wallahu a’lam.

Sunday, January 30, 2011

Doa ketika hujan dan setelah hujan berhenti

“Aalahumma shoyyiban naafi’an”
Ya Allah, semoga hujan yang Engkau turunkan lebat dan membawa manfaat

Hujan adalah rahmat dari allah SWT. Ketika hujan turun, hendaknya kita membaca doa di atas. Semoga doa kita dikabulkan oleh Allah SWT, amin. Karena, ketika kita berdoa diwaktu hujan, insayallah doa kita akan didengar oleh Allah. Maka dari itu, perbanyaklah berdoa ketika hujan. Jangan lelah untuk berdoa, karena dengan berdoa kita telah menunjukkan bahwa kita mengingat Allah.

Namun, ingatlah kawan, berdoa jangan ketika kita sedang mengalami kesusahan saja. Hendaknya ketika kita sedang dalam keadaan bahagia dan senang, kita harusnya juga berdoa kepada Allah sebagai rasa syukur kita. Walau kita tahu bahwa Allah itu maha pemaaf, maha pengertian dan maha segalanya.

Janganlah kita terlalu banyak mengeluh dan apalagi ketika hujan turun. Kita marah pada sang pencipta  ketika hujan turun terlalu berlebihan dan menjadi banjir. Kampong kita akhirnya terendam. Jangan langsung menyalahkan pada kehendak Allah. Coba muhasabahi diri dulu. Barangkali banjir datang karena kita membuang sampah sembarangan dan menggunduli hutan sehingga hutan tidak mampu lagi menampung genangan air. Kaji-kaji dulu secara ilmiahnya. Kita kan sudah berada di zaman yang serba maju.
kalau hujan sudah berhenti, kita tak lupa juga harus berdoa. mari sama-sama saling mengingatkan.

Muthirnaa bifadl-lillaahi wa rohmatihii
Kita diberi hujan karena keutamaan dan rahmatnya

Jika kita tahu keutamaan dan rahmat yang diberikan melalui hujan, Pasti kita minta hujan lagi. sekadar mengingatkan saja. Janganlah kita menjadi orang yang sombong. Jangan sampai kita melupakan hal-hal kecil sementara kita sudah sampai pada hal-hal yang besar. Ketika ditanya mengenai hal yang kecil tersebut, kita lupa harus menjawab apa. Malukan. Termasuk juga doa di waktu hujan dan ketika hujan berhenti ini. Begitupun doa-doa lainnya. Selamat mengingat!

Jom berDo'a Cuma 1 Minit Sahaja




BerDo'a Lah dengan penuh rendah diri, kusyuk, dan tawadduk (Contoh Seperti gambar ini). Jadikanlah Doa ini Amalan kita bersama.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
YA ALLAH, YA RAHMAN, YA ROHIM,
Ampunkan la Dosaku Ya Allah, Aku Mohon taubatmu Ya Allah, Ampunkan dosa Ibu dan bapaku yang telah membersarkan aku dari kecil Ya Allah, Aku mohon sihatkanlah ibu dan bapaku dalam buat taat padamu Ya Allah, Aku bersyukur atas apa yang kau kurniakan pada ku Ya Allah.
Ya Allah peliharalah diriku daripada dosa Zahir dan batin, Ya Allah peliharalah imanku, Ya Allah kurniakan taufiq dan hidayah padaku kaum keluargaku dan pada sahabat-sahabatku, Ya Allah tetapkan hatiku pada jalanmu, Ya Allah tolong la aku... Aku merayu padamu Ya Allah Tolong la aku, Tiada tempat untuk aku memohon selain dari engaku YA ALLAH.

Ya Allah Aku banyak dosa Ya Allah kau ampunkan lah - 3x
Ya Allah Aku hina Ya Allah muliakan lah - 3x
Ya Allah Aku jahat Ya Allah Baikkan lah - 3x
Ya Allah Aku susah Ya Allah kau senangkan lah - 3x
Ya Allah Aku Kotor Ya Allah kau Bersihkan lah - 3x
Ya Allah Aku Bodoh Ya Allah kau Pandaikan lah -3x
Ya Allah Aku Lalai Ya Allah kau ingatkan lah - 3x

Ya Allah tolong aku Ya Allah jangan kau seksa aku didalam kubur dan diakhirat, aku mohon taubatmu Ya Allah terimalah akan taubat nasuha aku ini Ya Allah.

Ya Allah Ampunkan Mataku, Ampunkan Teligaku, Ampunkan Lidahku, Ampun Tanganku, Ampunkan Kakiku, Ampunkan Seluruh Jasadku Ya Allah Sesungguhnya Aku lemah Ya Allah. Ya Allah pandanglah aku dengan Pandangan Rahmatmu Ya Allah 

YA ALLAH, YA RAHMAN, YA ROHIM,
Dengan Rahmat engkau pertemukanlah aku dengan Nabi Muhammad S.A.W. Agar aku tergolong diantara hamba hambamu yang mendapat Syafaat Nabi Muhammad S.A.W.

Ya Allah Dosa aku banyak Ya Allah dengan Rahmatmu Ampunkan Aku, dan terima lah Taubatku ini, Ya Allah selesaikanlah segala permasaalah aku dan permudahkan segala urusanku dunia dan akhirat. Ya Allah murahkan rezekiku, kaum keluargaku dan sahabat sahabatku agar kami dapat mengerjakan Haji dan Umrah dan sentiasa mentaatimu dan dapat aku membantu umat islam yang memerlukan. Ya Allah sesungguhnya engkau maha mengetahui, maha pengampun dan maha penyayang. Maqbulkan doaku ini Ya Allah Ya Rabbal Alamin.

Terima kasih Ya Allah.

DO'A Itu Senjata Mukmin

Dalam sebuah hadits Rasulullah  Shalallahu ’Alaihi  Wa sallam menjelaskan bahwa taqdir yang Allah Ta’aala telah tentukan boleh berubah. Dan faktor yang dapat mengubah taqdir ialah doa seseorang.


قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَرُدُّ الْقَضَاءَ إِلَّا الدُّعَاءُ وَلَا يَزِيدُ فِي الْعُمْرِ إِلَّا الْبِرُّ (الترمذي)


Bersabda Rasulullah Shalallahu ’Alaihi Wa sallam:


“Tidak ada yang dapat menolak taqdir (ketentuan) Allah Ta’ala selain do’a. Dan Tidak ada yang dapat menambah (memperpanjang) umur seseorang selain (perbuatan) baik.”


(HR Tirmidzi 2065)




Subhanallah…! Masya Allah, laa quwwata illa billahi..


Betapa luar biasa kedudukan do’a dalam ajaran Islam. Dengan do’a seseorang boleh berharap bahwa taqdir yang Allah Ta’ala tentukan atas dirinya berubah. Hal ini merupakan sebuah berita gembira bagi siapa pun yang selama ini merasa hidupnya hanya diwarnai penderitaan dari waktu ke waktu. Ia akan menjadi orang yang optimis. Sebab keadaan hidupnya yang selama ini dirasakan hanya berisi kesengsaraan dapat berakhir dan berubah. Asal ia tidak berputus asa dari rahmat Allah Ta'ala dan ia mau bersungguh-sungguh meminta dengan do’a yang tulus kepada Allah Ta'ala Yang Maha Berkuasa.


Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala;


قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ وَأَنِيبُوا إِلَى رَبِّكُمْ وَأَسْلِمُوا لَهُ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ


“Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah ta’aala mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).”


(QS Az-Zumar 53-54)




Demikianlah, hanya orang yang tetap berharap kepada Allah Ta'ala  saja yang dapat bertahan menjalani kehidupan di dunia betapapun pahitnya taqdir yang ia jalani. Ia akan sentiasa menanamkan dalam dirinya bahwa jika ia memohon kepada Allah Ta'ala  dalam keadaan apapun, maka derita dan kesulitan yang ia hadapi mungkin berakhir dan bahkan berubah. Insya Allah.


Sebaliknya, orang yang tidak pernah kenal Allah Ta'ala dengan sendirinya akan meninggalkan kebiasaan berdo’a dan memohon kepada Allah Ta'ala. Ia akan terjatuh pada salah satu dari dua keadaan.

  • Pertama,

ia akan mudah berputus asa. 

  • Kedua,


ia akan lari kepada pihak lain untuk menjadi sandarannya demi merubah keadaan. Padahal begitu ia bersandar kepada sesuatu selain Allah Ta'ala , termasuk bersandar kepada dirinya sendiri maka pada waktu itu pulalah Allah Ta'ala akan mengabaikan orang itu dan membiarkannya berjalan mengikut situasi dan kondisi yang tersedia. Sedangkan orang tersebut dinilai sebagai seorang yang mempersekutukan Allah Ta'ala dengan yang lain. Bererti orang tersebut telah jatuh ke dalam kategori seorang musyrik…!


Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:


وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ


“Dan Tuhanmu berfirman, “Berdo`alah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.”


(QS Al-Mu’min 60)


Dan yang tidak kalah pentingnya bahwa seorang muslim tidak boleh pernah berhenti meminta kepada-Nya, kerana sikap demikian merupakan suatu kesombongan yang akan menjuruskannya ke dalam siksa Allah Ta'ala yang pedih. Maka Rasulullah Shalallahu ’Alaih Wa sallam bersabda:




مَنْ لَمْ يَدْعُ اللَّهَ غَضِبَ اللَّهُ عَلَيْهِ


“Barangsiapa tidak berdo’a kepada Allah Ta'ala, maka Allah Ta'ala murka kepadaNya.”


(HR Ahmad 9342).


Janganlah kita berputus asa dari Rahmat Allah Ta'ala. Bila kita merasa taqdir yang Allah Ta'ala tentukan bagi hidup kita  tidak memuaskan, maka tadahlah kedua tangan dan berdo’alah kepada Allah Ta'ala. Allah Ta'ala Maha Mendengar dan Maha Berkuasa untuk mengubah taqdir kita. Barangkali di antara do’a yang baik untuk diajukan sebagai bentuk harapan agar Allah Ta'ala mengubah taqdir ialah sebagai berikut:



اللَّهُمَّ أَصْلِحْ لِي دِينِي الَّذِي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِي وَأَصْلِحْ لِي دُنْيَايَ الَّتِي فِيهَا مَعَاشِي وَأَصْلِحْ لِي آخِرَتِي الَّتِي فِيهَا مَعَادِي وَاجْعَلْ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِي فِي كُلِّ خَيْرٍ وَاجْعَلْ الْمَوْتَ رَاحَةً لِي مِنْ كُلِّ شَرٍّ



“Ya Allah, perbaikilah agamaku untukku yang mana ia merupakan penjaga perkaraku. Perbaikilah duniaku yang di dalamnya terdapat kehidupanku. Perbaikilah akhiratku untukku yang di dalamnya terdapat tempat kembaliku. Jadikanlah hidupku sebagai tambahan untukku dalam setiap kebaikan, serta jadikanlah matiku sebagai istirahat untukku dari segala keburukan.”


(HR Muslim 4897)


Di setiap selesai shalat kita tentunya berdoa, memohon kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Doa juga boleh kita panjatkan pada bila bila masa sahaja dan dimana sahaja.(di tempat yg semestinya)

Kita dapat merasakan kekuatan doa yang kita panjatkan, kerana doa itu merupakan sumber kemuliaan sejati yang menghubungkan seorang hamba dengan Rabb-Nya.

Dalam sebuah hadits, Nabi Muhammad Shalallahu 'Alaihi Wa sallam  bersabda (yang artinya)

“Doa itu adalah ibadah” Kemudian beliau membaca: Rabbmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.”


(HR. Titrmidzi)


Berdoa dilakukan dengan kerendahan hati, memohon kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala  karena kita lemah di hadapan-Nya. berdo'a merupakan perbuatan yang mulia. Betapapun banyaknya kebaikan seseorang bila tidak diiringi dengan kerendahan hati untuk memohon dan merasa berkehendak kepada Allah melalui doa, maka orang itu tidak akan memperoleh ganjaran atas segenap kebaikannya tersebut. Demikian diriwayatkan oleh istri Rasulullah Shalallahu ’Alaih Wa sallam, Aisyah Radhiyallahu ’anha.


Berkata Aisyah Radhiyallahu 'anha (yang artinya);


“Ya Rasulullah, di masa jahiliyyah Ibnu Jud’an menyambung tali silaturrahim dan memberi makan kepada orang miskin. Apakah hal itu dapat memberikan manfaat bagi dirinya?”


Rasulullah menjawab:


“Semua itu tidak akan memberikan manfaat baginya karena sesungguhnya dia tidak pernah seharipun berdoa:


”Ya Rabbku, ampunilah kesalahanku pada hari kiamat.”


(HR Muslim)



Sumber kemuliaan seseorang terletak pada kerajinan dan kesungguhannya berdo'a dan bermunajat kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Bahkan Nabi Muhammad Shalallahu 'laihi Wa sallam  menggambarkan kegiatan berdo'a sebagai perkara yang paling mulia di sisi Allah Subhanahu Wa Ta'ala.


  Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa sallam bersabda:(yang artinya)


”Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah daripada do'a.”


(HR Ibnu Majah).


Berdoa dengan hati yang sungguh-sungguh mengharapkan dikabulkannya doa oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala merupakan salah satu syarat terkabulnya doa kita.


Nabi Muhammad Shalallahu 'Alaihi Wa sallam  bersabda:(yang artinya)


“Berdoalah kepada Allah dalam keadaan yakin akan di-ijabah dan ketahuilah bahwa Allah tidak akan menerima do'a dari hati yang lalai dan main-main.”


(HR Tirmidzi).


Allah Subhanahu Wa Ta'ala  berfirman (yang artinya);


"Apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahwasanya Aku adalah dekat, Aku kabulkan permohonan yang mendo'a apabila ia berdo'a kepada-Ku. Maka hendaklah ia memenuhi (segala perintah)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku agar mereka selalu dalam kebenaran".


(QS.Al-Baqarah[2]:186).


Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa sallam, bersabda;

"Uddu'aa'u silahul mu'minin",
(Do'a itu adalah senjata mukmin.)

"Ad-du'aa'u mukhkhul 'ibadah",
(Do'a itu adalah otaknya ibadah).

(HR. Ibnu Hibban dan Tirmidzi).



Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala (yang artinya);


"Minta tolonglah kamu kepada Allah dengan bersikap sabar dan mengerjakan shalat, sesungguhnya shalat itu amat berat dirasakan, kecuali bagi orang-prang yang khusuk".


(QS.Al-Baqarah [2]:45).